fbpx

Nurshazlyna lari rumah kerana diejek sudah pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurshazlyna

SUNGAI PETANI – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Cempaka Bukit Selambau, di sini sejak 2 Julai lalu disahkan polis telah pulang ke rumah pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, Nurshazlyna Rosidi, 14, selamat pulang ke pangkuan keluarganya pada pukul 4 petang semalam.

“Remaja terbabit sudah balik ke rumah petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! Online semalam melaporkan remaja terbabit yang dikatakan sering diejek mengenai bentuk badan oleh rakan-rakan di sekolah lari dari rumah untuk menenangkan diri selain ingin hidup bebas.

Laporan berkaitan kehilangan remaja terbabit dibuat bapanya selepas dua hari anak tunggalnya itu tidak pulang ke rumah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI