fbpx

Cuaca cerah seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca baik dan cerah di seluruh negara pagi ini berikutan tiada amaran ribut petir dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), setakat ini.

Terdahulu, MetMalaysia menerusi kenyataannya meramalkan cuaca di rantau negara menjadi lebih kering dan kurang hujan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Ia susulan dua siklon tropika pada kategori taufan dan ribut tropika sedang aktif di timur laut Filipina dan Laut China Selatan berhampiran Pulau Hainan.

“MetMalaysia meramalkan keadaan cuaca signifikan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, keadaan dijangka kembali normal apabila dua siklon tropika ini melemah, mulai Sabtu ini,” kata kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI