fbpx

Pengalaman membeli belah interaktif pacu kejayaan PMKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shopee Live bukan sekadar platform jualan bagi Bella, tetapi merupakan landasan untuk mentransformasikan idea beraninya menjadi perniagaan maju.

MUTAKHIR ini landskap perdagangan digital sedang berkembang di mana terdapat perubahan besar dalam tingkah laku pembelian pelanggan, terutama dalam kalangan Gen Z.

Interaktiviti menjadi pilihan utama yang membentuk pengalaman pelanggan dengan penstriman langsung dan pembelian dari hantaran video memacu era baharu membeli-belah dinamik.

Berdasarkan kajian terkini Kantar tajaan Shopee, Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital, hampir 70 peratus Gen Z di Asia Tenggara menganggap platform e-dagang sebagai titik permulaan perjalanan membeli-belah mereka.

Mereka bergantung pada platform ini untuk menyelidik pembelian mereka termasuk menonton video demonstrasi produk.

Penstriman langsung menawarkan titik sentuhan ideal untuk pembeli dengan membolehkan penjual menerangkan secara mendalam tentang fungsi produk sambil menjawab soalan pembeli secara langsung.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa lapan daripada sepuluh responden mengatakan mereka mencari pengalaman membeli-belah yang menarik dan menghiburkan dan ini menunjukkan peranan penting video dalam perjalanan membeli-belah mereka.

Ini membuka peluang hebat untuk PMKS menonjolkan kreativiti mereka untuk membawakan pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif sambil mengukuhkan hubungan pelanggan.

Pemilik Kedai Abang Syukor, Syukor Majid memulakan perjalanan perniagaannya dengan menghasilkan dan menjual minuman pra-campuran dan produk lain melalui saluran tradisional.

Syukor menjadi salah satu penjual terbaik Shopee Live, mencatatkan tempoh penstriman langsung selama 155 jam seminggu. 

Setelah memasuki dunia perniagaan dalam talian pada tahun 2015, Syukor mencari strategi untuk mencapai audiens yang lebih luas dan meningkatkan jualan untuk produk sambal yang baharu dilancarkan pada tahun 2023.

Menyedari cabaran dalam mempromosikan produk berjangka hayat pendek, Syukor beralih kepada penstriman langsung di Shopee, yang berjaya menonjolkan produknya berbanding jenama lain di pasaran.

“Menggunakan strategi penstriman langsung 24 jam membolehkan kami berhubung dengan pelanggan pada bila-bila masa.

“Dengan jangkauan luas Shopee dan antara muka mesra pengguna, kami berjaya mempertingkatkan keterlihatan dan jualan produk sambal kami,” katanya.

Malah, Syukor menjadi salah satu penjual terbaik Shopee Live, mencatatkan tempoh penstriman langsung selama 155 jam seminggu.

Dalam tiga bulan pertama di Shopee Live, Syukor menjana keuntungan RM1 juta, dan penyertaannya dalam kempen jualan dua digit Shopee mencapai peningkatan jualan sebanyak 600 peratus melalui strategi penawaran diskaun dan baucar Shopee Live.

Dengan memanfaatkan ekosistem kukuh Shopee, produk Syukor juga mendapat pendedahan antarabangsa, mencapai pelanggan di negara jiran seperti Singapura.

Didorong oleh hasil ini, Syukor merancang untuk membuka akaun Shopee Live tambahan untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat sambil meneroka kedai jual produk bukan makanan.

Selain itu, Bella Hazaha, yang merupakan seorang usahawan fesyen dari Terengganu bercita-cita untuk memecahkan stereotaip pakaian tidur.

Visinya adalah untuk menjual pakaian tidur selesa yang mudah dijadikan sebagai pakaian harian, dan kekal bergaya, sopan, dan berpatutan.

Tetapi untuk mencapai audiens dengan imej statik terbukti sukar buat Bella untuk memperkenalkan idea itu.

“Pengiklanan bersasar di media sosial sudah tidak berkesan dan saya memerlukan platform yang menangkap intipati jenama saya yang sesuai untuk interaksi dan demonstrasi produk secara langsung.

“Shopee Live membolehkan saya berhubung terus dengan pelanggan.

Bella merupakan seorang usahawan fesyen dari Terengganu

“Malah penstriman langsung mampu mengubah cara pelanggan lihat jenama dan penonton dapat melihat bagaimana pakaian tidur bertukar kepada pakaian harian bergaya, bertanya soalan secara langsung, dan menikmati proses membeli dan ‘checkout’ dengan lancar,” jelasnya.

Kejayaan Bella Hazaha Pyjamas melonjakkannya menjadi penjual terbaik di Shopee Live, memperoleh jualan harian lebih 1,000 helai.

Shopee Live bukan sekadar platform jualan bagi Bella, tetapi merupakan landasan untuk mentransformasikan idea beraninya menjadi perniagaan yang maju.

Baru-baru ini, Bella Hazaha Pyjamas mula menceburi Shopee Video, melihatnya sebagai alatan untuk membantu mempromosikan jenama dia dan meningkatkan keterlihatan kepada audiens sasarannya.

Manakala, pada tahun 2020, Lee Chin Sun melancarkan Allblue5367, sebuah kedai barangan elektronik dan gajet yang menarik.

Bermula secara kecil-kecilan dengan gudang sebesar pangsapuri studio dan hanya beberapa pesanan harian, dia menghadapi cabaran untuk menarik perhatian pelanggan dalam dunia dalam talian yang luas.

Penerangan teks sahaja tidak mencukupi, terutamanya dalam kalangan Gen Z yang mahir teknologi.

Kemudian, pada tahun 2023, dia menemui platform yang mampu memajukan perniagaannya melalui ciri penstriman langsung terbina dalam Shopee.

Chin Sun mengubah penstriman langsungnya menjadi siaran menarik yang mendemonstrasikan produk, membawa penonton melihat dengan tepat bagaimana gajetnya berfungsi dan menjawab soalan mereka secara langsung.

Malahan, dia memastikan penonton melekat pada skrin dengan kandungan kreatif yang menghiburkan selain membeli-belah.

Dia menawarkan intipan eksklusif ke dalam gudang, menunjukkan penonton bagaimana dia berkerja bersama pasukannya, malah berstrim secara langsung semasa bercuti.

Dedikasi Chin Sun membuahkan hasil hebat dan bukan sahaja pengikut kedai Shopeenya meningkat sebanyak 20 peratus, tetapi Allblue5367 meraih gelaran berprestij ‘Shopee Super Seller Awards 2023: Penjual Elektronik Penstriman Langsung Terbaik’ hasil daripada undian awam.

Menjelang tahun 2024, jualan bulanan Allblue5367 meningkat sebanyak 900 peratus berbanding tahun 2020, mencapai jumlah RM1 juta yang mengagumkan.

Dengan kejayaan Shopee Live Allblue5367, Chin Sun bercadang untuk meneruskan perjalanan e-dagangnya.

“Kepercayaan kami terhadap saluran jualan Shopee dan kejayaan Shopee Live membuatkan kami teruja untuk meneroka ciri baharu, Shopee Video.

Chin Sun mengubah penstriman langsungnya menjadi siaran menarik dengan mendemonstrasikan produknya.

“Ini adalah kesinambungan semula jadi strategi pertumbuhan kami.

“Penstriman langsung adalah alat hebat untuk penglibatan pelanggan secara langsung, sementara Shopee Video akan melengkapinya dengan membolehkan kami mencipta video produk yang informatif durasi pendek di mana pelanggan boleh menemuinya dengan mudah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data di Shopee Malaysia, Ming Kit Tan berkata, di Shopee, mereka memahami bahawa mencipta keterlihatan dalam talian amat penting buat PMKS.

“Shopee Live dan Shopee Video boleh membantu memperkuatkan strategi e-dagang mereka, mentransformasikan senarai produk kepada pengalaman dinamik yang membina hubungan tulen dan menonjolkan jenama mereka,” kongsinya.

Walaupun penstriman langsung dan video berfungsi sebagai alat yang kuat untuk PMKS meningkatkan keterlihatan dan mengukuhkan penglibatan pembeli, namun mempunyai platform ekosistem yang kukuh juga penting untuk memastikan kejayaan perniagaan.

Kajian Kantar juga mendapati bahawa 68 peratus responden Gen Z menunjukkan kadar pembelian yang lebih tinggi di platform e-dagang berbanding saluran lain.

Ini menunjukkan bahawa walaupun pembeli meluangkan masa mereka untuk menyelidik pembelian mereka, proses pemulangan dan pengembalian wang yang lancar serta khidmat penghantaran hari berikutnya juga muncul sebagai pertimbangan utama dalam membuat keputusan membeli.

Sebagai respons kepada perubahan tingkah laku membeli-belah yang berkembang ini dan menyedari peluang yang ada untuk PMKS untuk memacu pertumbuhan, Shopee baru-baru ini memperkenalkan beberapa program baharu untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah rakyat Malaysia.

Antara program baharu adalah seperti Penghantaran Segera, Penghantaran Hari Berikutnya, dan Jaminan Tepat Waktu untuk memastikan penghantaran tepat waktu, dengan menawarkan baucar Jaminan Tepat Waktu RM5 kepada pelanggan jika pesanan tiba lewat.

Shopee juga memperkenalkan polisi 15 Hari Pemulangan Percuma yang membolehkan pengguna memulangkan barangan yang layak dari semua kategori produk secara percuma dalam tempoh 15 hari, menawarkan pengembalian wang sepenuhnya untuk pemulangan ‘Perubahan Fikiran’ tanpa soal.

Proses Pemulangan dan Pengembalian Wang boleh dilengkapkan dalam tempoh dua hari buat pembayaran melalui ShopeePay – lebih pantas berbanding purata tujuh hari industri.

Ciri-ciri ini memudahkan pelanggan untuk membuat pembelian tanpa perlu risau tentang kerumitan pemulangan dan pengembalian wang atau kos penghantaran tambahan.

Ming Kit menjelaskan, peranan mereka bukan sahaja untuk membantu penjual melakukan penstriman langsung secara efektif.

“Kami memahami impak penting alat perniagaan ini, tetapi apa yang lebih penting ialah kami menawarkan sokongan perniagaan secara menyeluruh.

“Shopee mempunyai ekosistem kukuh dengan sistem pembayaran bersepadu yang selamat dan rangkaian rakan kongsi logistik yang memastikan perniagaan sentiasa berkembang maju,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI