fbpx

3,000 wanita Britain dikasari setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BLYTH menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita di Britain telah mencapai tahap ‘wabak’. – AGENSI

LONDON – Keganasan terhadap wanita dewasa dan gadis di England serta Wales mencapai tahap ‘darurat negara’ dengan hampir 3,000 jenayah itu direkodkan setiap hari, kata polis dalam amaran pada hari ini.

Angka tersebut berdasarkan kajian dinaungi oleh dua badan penguatkuasa undang-undang. Menurutnya, sekurang-kurangnya seorang dalam setiap 12 wanita akan menjadi mangsa keganasan pada setiap tahun, manakala angka sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.

“Keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan mencapai tahap darurat,” kata ketua polis tempatan, Maggie Blyth dalam komen yang mengiringi laporan itu.

Kajian tersebut mendapati bahawa lebih satu juta kes jenayah kekerasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan direkodkan antara tahun 2022 hingga 2023.

Angka itu menyumbang kurang satu perlima daripada semua jenayah yang direkodkan polis tidak termasuk kes penipuan di England dan Wales antara April 2022 hingga Mac 2023.

Laporan sama menyatakan, keganasan terhadap wanita dan gadis meningkat 37 peratus antara 2018 hingga 2019 dan tahun lepas, dengan penderaan domestik menjadi antara tanggungjawab terbesar yang perlu ditangani pasukan polis.

Satu daripada 20 orang dewasa di England dan Wales, atau seramai 2.3 juta orang akan menjadi pelaku jenayah terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan setiap tahun, tambah kajian itu.

“Ini adalah anggaran secara  berhati-hati kerana kita tahu,  banyak jenayah tidak dilaporkan dan dalam kepolisan, kita selalunya hanya melihat puncak aisberg,” kata Blyth.

Beliau memberi amaran bahawa keganasan terhadap wanita di kedua-dua negeri  telah ‘mencapai tahap wabak’ dan meminta campur tangan kerajaan.

Kesalahan penderaan dan eksploitasi seksual kanak-kanak pula melonjak sebanyak 435 peratus antara 2013 hingga 2022, meningkat daripada lebih 20,000 kes kepada hampir 107,000 kes.

Pesalah pula semakin muda, dengan purata umur suspek kini hanya 15 tahun, katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI