fbpx

Villa mahukan bintang buangan Atletico

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FELIX (depan) dikatakan perlu bersedia menerima bayaran gaji rendah jika mahu menyertai Villa musim depan. - AFP

BARCELONA – Harapan bintang Portugal, Joao Felix untuk terus menyarung jersi Barcelona musim depan berkemungkinan besar tidak menjadi kenyataan disebabkan kelab itu kini sedang mengintai pemain lain.

Felix, 24, menghabiskan semusim di Camp Nou sebagai pemain pinjaman daripada Atletico Madrid musim lalu dengan meledak tujuh gol daripada 33 penampilan dalam kempen La Liga.

Biarpun prestasinya tidak begitu memberangsangkan, namun pihak pengurusan The Catalans dikatakan berminat untuk meneruskan khidmat Felix dan bercadang mendapatkannya secara tetap.

Bagaimanapun, keputusan itu berubah selepas pengendali baru Barcelona, Hansi Flick tertarik dengan kemampuan dan potensi ditunjukkan pemain sayap Athletic Bilbao, Nico Williams membantu Sepanyol menjuarai Euro 2024 bulan ini.

Difahamkan, Barcelona hanya menanti ‘lampu hijau’ daripada La Liga berhubung aspek kewangan pasukan itu dan sekiranya lulus, Williams bakal menjadi pemain baharu kelab berkenaan.

Ia bermakna Felix perlu segera mencari rumah baharu memandangkan namanya tiada dalam perancangan pengendali Atletico, Diego Simeone dan hampir pasti bakal meninggalkan kelab itu musim depan.

Buat masa ini, Aston Villa antara yang serius menyatakan minat mereka bagi menguatkan pasukan bagi menghadapi saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

Seandainya mahu terus beraksi di pentas tertinggi, Felix perlu bersedia untuk menerima potongan gaji yang banyak kerana Villa dikatakan tidak berkemampuan memenuhi bayaran diterimanya sekarang iaitu £3.44 juta (RM20.79 juta) setahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN