fbpx

‘Mahu segera sihat nak hantar anak ke sekolah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIYAH menguruskan kakaknya yang sakit di Rumah Rakyat Chengkau, Rembau semalam. – NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang ibu tunggal kini terlantar sakit selepas di­serang strok semasa menjaga bapanya di Hospital Rembau, di sini awal bulan ini.

Menurut Azilah Abd Hamid, 48, ketika kejadian pada 2 Julai lalu, dia yang merupakan anak sulung dari tujuh beradik bergilir-gilir menjaga bapa yang sakit dan secara tiba-tiba kepalanya berpeluh.

Katanya, kakitangan hospital menyedari kelainan pada dirinya ketika berjalan di koridor dan mengarahkannya untuk duduk seketika sebelum menunggu bantuan.

“Tak sangka selepas serangan strok itu, sebelah badan kiri saya lumpuh dan kini hanya terlantar di rumah. Buat masa ini, adik saya, Aniyah, 35, yang
menjaga saya sepanjang berada di hospital selama 18 hari dan di rumah keluarga kami sehingga hari ini.

“Saya memang ada sakit darah tinggi dan tidak menyangka akan berhadapan dengan keadaan ini sehingga tidak mampu me­nguruskan diri sendiri serta dua anak yang masih bersekolah menengah,” katanya ketika ditemui di Rumah Rakyat Chengkau, di sini semalam.

Tambahnya, dia kini sedang mengumpul semangat untuk kembali segera pulih bagi menguruskan kembali anak-anaknya ke sekolah serta bapanya.

Menurutnya, dia sebelum ini bergantung dengan pencen ilat arwah suami yang meninggal dunia tahun lalu dan membantu Aniyah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

“Saya mahu segera sihat agar boleh memandu kereta semula, nak hantar anak pergi dan balik sekolah. Jika saya masih tak sihat, saya masih perlu memakai lampin pakai buang dan kos perbelanjaan bulanan juga pasti meningkat,” katanya.

Sementara itu, Aniyah berkata, dia berasa sedih melihat kea­daan kakak sulungnya itu yang sebelum ini sangat cekap me­nguruskan bapa yang sakit sejak 2019 serta menyiapkan makan minum keluarga.

Menurutnya, kakaknya sebelum ini bekerja di sebuah syarikat keselamatan di Seremban, namun, berhenti kerja bagi menguruskan bapa secara bergilir-gilir dengan adik beradik yang lain pada cuti hujung minggu.

“Buat masa ini, kami saling membantu mencukupkan keperluan kerana masih belum memohon bantuan dari mana-mana agensi.

“Terbaharu, ada rakan kakak yang membantu melalui badan bukan kerajaan (NGO) Perkasih kerana keperluannya mencecah RM500 sebulan,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat untuk membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan terus ke akaun bank CIMB 7605233020 atas nama Azilah Abdul Hamid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI