fbpx

MotoGP: Bastianini kecewa keputusan Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI memilih untuk menyertai Tech3 KTM musim depan selepas disingkirkan oleh Ducati. - AFP

BOLOGNA – Pelumba Ducati, Enea Bastianini menyuarakan rasa terkejut dengan keputusan pasukan itu memilih Marc Marquez bagi menggantikan dirinya pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan.

Pada awalnya, Bastianini menganggap dia hanya perlu bersaing dengan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin bagi mendapatkan slot dalam pasukan Ducati, namun sebaliknya berlaku apabila tempat itu diberikan kepada Marquez.

Justeru, keputusan Ducati menyebabkan Martin yang merupakan naib juara dunia musim lalu mengambil keputusan menyertai Aprilia, manakala Bastianini beralih angin ke pasukan Tech3 KTM.

“Sebenarnya saya langsung tidak menjangka keputusan seperti ini kerana pada awalnya persaingan antara saya dan Martin. Bagaimanapun, sebaliknya berlaku apabila Ducati memilih Marquez.

“Saya fikir Pecco (Bagnaia) dan Marc (Marquez) merupakan dua pelumba yang sangat bijak, jadi tidak ada masalah untuk mereka berada dalam satu pasukan. Selepas ini, saya akan fokus pada pasukan baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Bastianini juga mengakui Aprilia menunjukkan minat bagi mendapatkan khidmatnya, namun dia mengambil keputusan menyertai KTM kerana mahu kembali bekerjasama dengan bekas ketua pasukannya, Alberto Giribuola.

“Saya juga tertarik dengan tawaran yang dibuat Aprilia, namun mengambil keputusan untuk kembali bersama dengan bekas ketua pasukan. Kami tidak perlu bermula dari kosong memandangkan beliau sudah tahu kemampuan saya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI