fbpx

Donnarumma calon ganti Ederson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONNARUMMA dikenal pasti sebagai calon terbaik oleh City untuk mengawang gawang pasukan itu sekiranya mereka kehilangan Ederson. - AFP

LONDON – Manchester City dilapor sedang membuat persiapan untuk kehilangan khidmat penjaga gol mereka, Ederson yang mungkin meninggalkan Etihad untuk menerima tawaran daripada kelab Liga Arab Saudi.

Ederson yang memiliki baki kontrak setahun lagi menjadi buruan Al Ittihad ketika ini dan rundingan mengenai perpindahan tersebut dijangka dapat diselesaikan dalam sedikit masa lagi menyebabkan City menamakan penjaga gol berprofil tinggi sebagai pengganti.

Berdasarkan laporan, pasukan pemantau bakat kelab itu sedang membuat penelitian mendalam mengenai peluang mereka untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Paris Saint-Germain, Gianluigi Donnarumma.

Penjaga gol antarabangsa Itali itu dikatakan masih gembira dengan kariernya di Parc des Princes, malah berada pada fasa awal rundingan untuk melanjutkan kontrak semasanya, namun tidak menolak untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Pemain berusia 25 tahun itu mula mencipta nama bersama kelab zaman remajanya, AC Milan sebelum menyertai PSG pada 2021 secara percuma.

Dia telah membuat 114 penampilan bersama juara Ligue 1 Perancis itu dalam semua kejohanan dan muncul sebagai salah seorang penjaga gol berprofil tinggi dan berkelas dunia ketika ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI