fbpx

Kereta buruk, tersadai sekitar ibu negara ditunda DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan buruk yang ditunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR – Sikap segelintir pemilik kenderaan yang membiarkan kenderaan lama mereka terbiar di lokasi awam sehingga memburukkan pemandangan telah diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata, isu yang membelenggu itu juga secara tidak langsung menimbulkan rasa tidak senang buat warga kota.

Tambahnya, perkara tersebut turut menimbulkan masalah lain seperti kekurangan petak parkir, halangan lalu lintas malah menjadi tempat pembiakan makhluk perosak.

“DBKL sedang mempergiatkan usaha menunda kenderaan-kenderaan buruk yang dibiarkan tersadai ini ke depoh kenderaan buruk di Salak Selatan, Taman Connaught dan Pantai Sentral setelah tempoh notis yang diletakkan di kenderaan buruk tersadai ini tamat.

“Kepada para pemilik kenderaan usang ni, ambil inisiatif untuk selesaikan hal kenderaan anda,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, DBKL turut menasihat pemilik kenderaan untuk mengambil inisiatif membaik pulih, meleraikan atau menjual semula sebagai alat ganti.

Jelas kenyataan itu, pelbagai alasan diberikan pihak pemilik kenderaan selepas tindakan diambil seakan tidak menyedari notis telah dikeluarkan sebelum itu.

“Alasan mereka masih mahukan kenderaan mereka. Tapi sudah dibiarkan tersadai berbulan-bulan, malah bertahun pun ada,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI