fbpx

Empat pasang kembar teruja kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salim (tengah) bersama empat pasangan kembar tahun satu yang kembali ke sekolah di SK Pusat Chabang Tiga, Kuala Terengganu hari ini.

Oleh NORADILA MAHAMAD

KUALA TERENGGANU – Empat pasang kembar teruja dapat ke sekolah semula hari ini selepas sekolah mereka ditutup akibat pandemik Covid-19 pada Mac lalu.

Lapan murid tahun satu dari Sekolah Kebangsaan (SK) Chabang Tiga di sini itu bersemangat datang ke sekolah untuk belajar dan berjumpa kawan-kawan.

Salah seorang murid kembar itu, Amzar Ziqri Zainudin, 7, dari kelas Umar Al-Khattab berkata, dia bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke sekolah dan tidur awal malam tadi.

“Saya dan abang (Amsyar Ziqri) tidak sabar nak ke sekolah semula dan hari ini kami sangat seronok dapat belajar dan berjumpa kawan-kawan.

“Ibu sediakan kami pelitup muka untuk dipakai ke sekolah kerana semua murid disuruh (saran) pakai,” katanya.

Pasangan kembar berkenaan turut menarik perhatian Pengarah Pendidikan Terengganu, Salim Ab. Ghani yang sempat bertanya khabar kepada mereka sebelum masuk ke kelas masing – masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI