fbpx

KDN teliti laporan KL antara bandar paling bahaya dilawati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti laporan platform Forbes Advisor yang telah menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai antara bandar paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, laporan tersebut dilihat bercanggah dengan Indeks Keamanan Global (GPI) 2024 yang menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia dan tersenarai sebagai negara ketiga paling aman di rantau Asia Pasifik.

“Kayu pengukur GPI jelas (namun) saya belum baca kayu ukur Forbes Advisor, saya tidak kata saya nafikan, tapi (saya) belum baca.

“Nilai persepsi terhadap jenayah, ada berpuluh kayu pengukur termasuk peruntukan per kapita (dan) keselamatan yang sangat komprehensif, saya nak ulas tapi kayu ukur Forbes ini saya belum teliti.

“(Jadi) saya anggap ia sebagai satu kenyataan yang dibuat oleh Forbes,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan KDN, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI