fbpx

Bentuk badan sering diejek, remaja nekad lari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurshazlyna.

SUNGAI PETANI – Gara-gara malu sering diejek mengenai bentuk badan oleh rakan-rakan di sekolah, seorang remaja nekad lari dari rumah untuk menenangkan diri dan ingin hidup bebas.

Nurshazlyna Rosidi, 14, bertindak lari dari rumah keluarganya di Taman Cempaka Bukit Selambau, dekat sini pada pukul 12 tengah hari, 2 Julai lalu dengan menaiki kereta rakan lelaki yang tidak dikenali ahli keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihak polis menerima laporan mengenai kehilangan Nurshazlyna daripada bapanya Rosidi Hanfi, 47, selepas dua hari anak tunggalnya itu tidak pulang ke rumah.

“Bapanya maklumkan dia dapat berhubung dengan Shazlyna melalui panggilan telefon dan pujuk supaya pulang, namun remaja terbabit tidak maklumkan lokasi dia berada. Shazlyna juga berjanji akan pulang ke rumah setiap kali dihubungi tetapi tidak berbuat demikian sehingga hari ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Polis masih teruskan usaha mengesan remaja terbabit. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Tuan Ramlah Tuan Ismail di talian 019-9924025,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI