fbpx

STPM: 3,012 lulus penuh, 82 cemerlang di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fauzi (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada pelajar SMK Jalan Tasek, Ipoh yang memperoleh keputusan cemerlang PNGK 4.0 pada peperiksaan STPM 2023 di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak di Ipoh, hari ini.

IPOH – Seramai 3,012 atau 98.21 peratus daripada 3,129 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 di negeri ini berjaya lulus penuh dalam peperiksaan itu tahun lalu.

Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Mohamad Fauzi Mahson berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan 0.08 peratus berbanding tahun sebelumnya yang menyaksikan 3,357 atau 98.13 peratus daripada pelajar mendapat lulus penuh.

Katanya, Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) yang direkodkan di negeri ini juga menunjukkan peningkatan 0.08 peratus daripada 2.83 pada tahun 2023 berbanding 2.75 tahun sebelumnya.

“Daripada keseluruhan 3,129 calon tahun lalu, seramai 82 orang berjaya peroleh keputusan cemerlang PNGK 4.0. Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 2022 iaitu seramai 108 orang,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, sini hari ini.

Menurut Mohamad Fauzi, sebanyak 35 buah sekolah mencatatkan pencapaian lulus 100 peratus iaitu peningkatan lima buah sekolah berbanding tahun lalu.

Katanya, secara keseluruhan, 38 calon atau 1.24 peratus mendapat kelulusan penuh (5P), 2,243 atau 73.13 peratus (4P), 409 atau 13.34 peratus (3P), 216 atau 7.04 peratus (2P) dan 106 atau 3.46 peratus (1P).

“Daripada 22 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan  STPM tahun lalu, sebanyak 14 mata pelajaran mencatatkan peningkatan berbanding tahun 2022.

“Peningkatkan itu termasuk bagi mata pelajaran Pengajian Am iaitu 0.45 peratusl, Bahasa Malaysia (0.67), Bahasa
Tamil (4.14), Syariah (0.50), Sejarah (1.19), Geografi (8.17), Ekonomi (4.04) dan Matematik Tambahan (5.96),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI