fbpx

74 calon STPM di Kedah peroleh PNGK 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahadhir (tengah) menunjukkan keputusan STPM 2023 bagi negeri Kedah di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Pencapaian Gred Purata negeri (GPN) Kedah dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 mencatatkan peningkatan sebanyak 0.04 kepada 2.88 berbanding 2.84 pada tahun sebelumnya.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Mahadhir Ismail berkata, angka itu juga mengatasi GPN dicatatkan di peringkat kebangsaan iaitu 2.84.

Katanya, bilangan calon yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di negeri ini bagaimanapun menurun 0.16 peratus kepada cuma 74 orang berbanding 84 orang pada 2022.

“Secara keseluruhannya, bilangan calon yang mendaftar bagi menduduki STPM 2023 di Kedah adalah seramai 2,981. Daripada jumlah itu, seramai 74 calon atau 2.6 peratus memperolehi PNGK 4.0.

“Daripada 74 calon itu, 59 individu atau hampir 80 peratus adalah dari kategori B40. Seorang calon dari negeri ini iaitu Yeoh Cheng Ti dari Sekolah Menengah Kebangsaan Keat Hwa 1 (CF) terpilih menerima anugerah dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bagi kategori Pelajar Terbaik STPM 2023 (Aliran Sains),” katanya pada sidang akhbar di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 33 daripada keseluruhan 56 pusat peperiksaan di negeri ini mencapai gred purata (GP) yang mengatasi pencapaian nasional. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI