fbpx

Tujuh kru terselamat, kapal tunda terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapal tunda tersebut yang terbakar ketika berada di perairan Melaka.

ALOR GAJAH – Tujuh kru termasuk lima warga tempatan berdepan detik cemas selepas kapal tunda Tag Nur 21 yang dinaiki terbakar di kedudukan 2.5 batu nautika barat daya pantai Pengkalan Balak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, kesemua tujuh kru berusia antara 20 hingga 47 tahun sempat menyelamatkan diri dan berjaya dipindahkan ke kapal tunda berhampiran.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Komander Maritim Azman Samsudin berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan MERS 999 dan sebuah Bot Benteng 04 Maritim Malaysia telah digerakkan ke lokasi.

“Kita telah menggerakkan sebuah bot bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat serta membuat kawalan keselamatan di tempat kejadian.

“Seramai tujuh orang kru kapal berjaya dipindahkan ke kapal tunda yang berhampiran dengan lima daripadanya warga tempatan, manakala dua lagi warga Indonesia dan dilaporkan selamat serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerja-kerja pemadaman api menggunakan ‘water cannon’ telah dilakukan oleh kapal tunda berdekatan dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh masa hampir lima jam.

“Tiada tumpahan minyak dilaporkan berlaku dan pihak kami akan membuat pemantauan berterusan.

“Pihak syarikat kapal tunda tersebut juga akan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menyiasat punca sebenar kebakaran,” katanya. -K! ONLINEK

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI