fbpx

Hendak melabur tapi lebur RM90,581

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

BENTONG – Harapan seorang peniaga atas talian di sini untuk meraih untung berganda melalui pelaburan emas bertukar duka apabila kerugian RM90,581 akibat ditipu.

Kejadian bermula pada 16 Oktober lalu selepas wanita berusia 36 tahun tersebut tertarik untuk menyertai pelaburan emas ketika melayari laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa seterusnya menghubungi suspek melalui aplikasi Telegram untuk mendapat maklumat lanjut.

“Mangsa telah berhubung dengan ejen bernama Zainuddin melalui nombor 016-2665002 menggunakan aplikasi Telegram.

“Wanita itu mendapati (syarikat) pelaburan emas tersebut beralamat di United Kingdom dan akan dapat (dijanjikan) untung berlipat kali ganda dalam masa beberapa hari,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Mohd. Wazir menambah, mangsa mula melakukan transaksi pemindahan wang berjumlah keseluruhan RM90,581 ke dalam beberapa akaun bank berlainan antara 16 November hingga 11 Disember lalu.

“Selepas kehabisan wang, mangsa mengesyaki telah ditipu dan tampil ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Manchis di sini semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI