fbpx

Drama tebusan berakhir dengan 2 maut, 4 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis berada di lokasi kejadian di Bangkok. – THAIGER

BANGKOK –  Satu tragedi berlaku di Bangkok semalam apabila Balai Polis Tha Kham menerima aduan  pada pukul 9.45 malam mengenai seorang lelaki menjadikan keluarganya tebusan di sebuah kediaman di Rama 2, Bang Khun Thian, lapor laman berita Thaiger.

Lelaki dikenali sebagai Bunma, 49, terlibat dalam perbalahan domestik yang bertukar ganas. Suspek merupakan pemilik sebuah  kedai percetakan.

Bunma melepaskan beberapa  das tembakan  yang mengenai timbalan ketua balai Balai Polis Kham, Leftenan Kolonel (polis) Kittichon Janyarom, 59. Seorang lagi anggota polis, Sarjan Mejar Chaiyawat Atsophonwattana cedera pada ibu jari kirinya akibat terkena serpihan ketika cuba campur tangan.

Kittichon diisytiharkan meninggal dunia di Hospital Mali tidak lama kemudian, kata seorang jurucakap polis.

“Kami cuba berunding dengan suspek sepanjang malam tetapi dia bukan sahaja  enggan menyerah, malah melepaskan tembakan ke arah anggota kami,” katanya.

Konfrontasi berlanjutan hingga pukul 5.50 pagi tadi itu berakhir apabila polis menggunakan tiga grenad bunyi itu untuk menyerbu rumah tersebut. Polis menemui Bunma dalam keadaan sudah  tidak bernyawa bersama sepucuk senjata api disebelahnya.

Polis kemudian menyelamatkan empat anggota keluarga suspek termasuk seorang anak perempuan berumur 15 tahun yang cedera akibat terkena tembakan di muka. Seorang anggota keluarga terbabit berkata, Bunma mempunyai berbilang pistol dan selaras senapang patah bersama pelbagai jenis peluru.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan nama setiap tebusan tersebut.

Anggota keluarga Bunma mendedahkan bahawa suspek tidak mengambil ubatnya selama setahun yang menjadi punca dia berkelakuan ganas, kata polis.

“Operasi ini mematuhi protokol standard dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti maklumat selanjutnya,” tambah jurucakap sama. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI