fbpx

3 suspek kes culik Jia Hui tiba di mahkamah untuk reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah seorang suspek yang disyaki menculik Jia Hui, tiba di Mahkamah Johor Bahru untuk permohonan reman, pagi ini.

JOHOR BAHRU – Tiga suspek kes culik seorang kanak-kanak perempuan, Albertine Leo Jia Hui, 6, tiba di Mahkamah Johor Bahru, di sini hari ini bagi permohonan reman.

Dua suspek lelaki yang berpakaian lokap dan and bergari tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.45 pagi sambil diiringi anggota polis.

DUA lagi suspek turut disyaki menculik Jia Hui, tiba di Mahkamah Johor Bahru untuk permohonan reman, pagi ini.

Seorang lagi suspek perempuan yang berpakaian lokap berwarna jingga dan bergari, tiba kira-kira 10 minit kemudian.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 28 hingga 55 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.30 petang semalam, di Gelang Patah, Iskandar Puteri, bagi membantu siasatan kes Jia Hui yang dilaporkan hilang di Eco Galleria, Sabtu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI