fbpx

Dhania hilang ikut kawan ditemui di Stesen KTM Arau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di sini pada Khamis lalu ditemui selamat di Stesen KTM Arau, Perlis pada pukul 7.30 malam tadi.

Bapa gadis itu, Muhammad Suhairi Ghazali, 45, berkata, anaknya, Dhania Maisara,13, bersama seorang lagi rakannya ditemui ketika mereka turun dari tren sebelum ada orang awam menahan mereka.

“Susulan penemuan itu saya bergegas ke lokasi dan menemuinya dalam keadaan selamat sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk membuat laporan penemuannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Suhairi, anaknya itu masih belum bersedia untuk menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Setakat ini Dhania belum cerita apa-apa lagi mungkin dia masih trauma,” ujarnya.

Terdahulu bapa remaja terbabit memuat naik status mengenai kehilangan anak perempuannya itu di media sosial, hari ini.

Jelasnya, Dhania keluar makan bersama rakan dikenali sebagai Intan, 16, yang baru sahaja dikenali sebulan lalu.

“Pada hari kejadian, saya ada terima pesanan WhatsApp daripada seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ibu kepada Intan untuk membawa Dhania keluar makan bersama.

“Walau bagaimanapun, setelah diselidik pesanan WhatsApp itu sebenarnya dihantar sendiri oleh Intan,” jelasnya.

Tambahnya, sebelum ini anaknya dikesan melalui iPhone berada di Johor pada awal pagi Isnin sebelum dia ditemui di Stesen KTM Arau hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI