fbpx

Haier Malaysia lancar 12 produk baharu, sasar jualan 1,000 unit setiap bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fan Jing (dua kanan) ketika memperkenalkan beberapa varian baharu peti sejuk pada majlis Pelancaran Produk Cooling Baharu Haier di Petaling Jaya hari ini. Foto SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

PETALING JAYA – Haier Malaysia telah melancarkan 12 produk baharu menerusi rangkaian peti sejuk dan penyejuk beku bagi memberi pilihan yang lebih banyak kepada pelanggannya.

Pengarah urusannya, Fan Jing berkata, seiring dengan pengenalan produk baharu tersebut, syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jumlah jualan pada tahun ini.

Ini kerana katanya, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini sehaja, pertumbuhan jualan syarikat itu telah meningkat sebanyak 43 peratus.

“Dengan pengenalan varian baharu peti sejuk dan penyejuk beku ini, kita sasar untuk tempoh enam bulan seterusnya pada tahun ini meningkat sebanyak 40 peratus.

“Malah, bagi rangkaian model baharu ini juga, kita sasarkan jualan kira-kira 1,000 unit setiap bulan sehingga hujung tahun ini,”katanya kepada Kosmo! pada Majlis Pengenalan Produk Cooling Haier di sini hari ini.

Beliau berkata, sasaran syarikat pada tahun hadapan adalah untuk menjadi peneraju dalam produk peti sejuk dan penyejuk beku di negara ini.

“Bagi tahun ini, kita sasar jenama Haier berada kedudukan ketiga bagi jenama peti sejuk berbilang pintu di Malaysia dan kami yakin dengan pengenalan beberapa varian baharu ini, kita mampu menjadi jenama nombor satu pada tahun hadapan.

“Selain itu, pada tahun hadapan juga kita sasarkan peningkatan jualan sehingga 30 peratus berbanding tahun ini,”ujarnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai 12 produk baharu itu, Jing berkata, merangkumi tujuh model peti sejuk dan lima model baharu penyejuk beku.

Ujarnya, kesemua produk berkenaan dilengkapi dengan teknologi terkini untuk meningkatkan penyejukkan di rumah dan mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.

“Produk-produk baharu ini menggariskan komitmen Haier untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan melalui falsafah ‘More Creation, More Possibilities’ bagi menawarkan kualiti produk yang terbaik dan lebih
memudahkan pengguna,”katanya.

“Semua produk ini juga akan berada di 48 pusat jualan Haier di seluruh negara. Malah, pengguna juga boleh melihat dan membeli produk ini di lebih 1,800 premis jualan lain,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI