fbpx

Pasukan media Ebit Lew terlibat kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan MPV yang membawa pasukan media Ebit Lew

PETALING JAYA – Pasukan media Ustaz Ebit Lew terbabit dalam kemalangan di Plaza Tol Duta menghala ibu negara awal pagi tadi.

Ebit Lew dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, kejadian berlaku ketika mereka yang menaiki Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Toyota Estima itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala ibu kota.

Katanya, MPV tersebut berada di lorong kanan sebaik melepasi lorong kanan touch n go sebelum sebuah kenderaan dari kiri tiba-tiba membuat pusingan U.

“Kenderaan yang dinaiki pasukan media saya itu cuba mengelak kereta tersebut menyebabkan melanggar pembahagi tengah jalan.

“Tiga orang dalam MPV itu dikejarkan ke Hospital Gleneagles dan tolong doakan mereka baik dan selamat,” tulisnya hari ini.

Menurutnya, beliau bersama empat kenderaan termasuk pasukan media itu dalam perjalanan pulang ke ibu kota selepas misi memberi bantuan kepada pasangan suami isteri yang tinggal di dalam kereta selama lapan bulan di Pulau Pinang.

“Pasukan media itulah yang merakamkan program Jejak Ebit Lew bagi saluran Astro,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI