fbpx

Legenda Itali restui perpindahan Calafiori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CALAFIORI (kanan) semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan menyertai Arsenal. - AFP

ROM – Para peminat Arsenal harus berterima kasih kepada bekas teman wanita Riccardo Calafiori yang mendedahkan bahawa pemain pertahanan Itali itu sah bakal menyarung jersi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut musim depan.

Benedetta Boeme memuat naik berita itu dalam satu hantaran di IG Story miliknya sambil mendedahkan dia telah berpisah dengan Calafiori dan mengucapkan selamat maju jaya kepada pemain berusia 22 tahun berkenaan.

Sehubungan itu, legenda Itali dan Juventus, Leonardo Bonucci menganggap perpindahan Calafiori menyertai The Gunners boleh menjadi rujukan buat The Azzurri untuk tempoh 15 tahun akan datang.

“Saya kecewa dengan perpindahan ini. Sebenarnya saya mahukan Calafiori di Juventus kerana dia seorang pemain pertahanan yang berbeza daripada semua kita pernah lihat sebelum ini.

“Cara permainan dan personalitinya ada kelas tersendiri. Namun, sekarang kita terpaksa lihat seorang pemain hebat dieksport keluar dari Itali ke negara lain.

“Cuma ia tetap ada perkara positif. Mungkin boleh menjadi titik permulaan sebagai rujukan buat pasukan kebangsaan (Itali) bagi tempoh 15 tahun ke hadapan,” kata Bonucci.

Calafiori sepatutnya sudah menyertai Arsenal tetapi perpindahan tersebut tertangguh dan berisiko tidak menjadi kenyataan selepas ‘perbalahan’ antara kelabnya, Bologna dan FC Basel berhubung klausa perpindahan dalam kontraknya.

Situasi itu menyebabkan banyak kelab cuba menyambar Calafiori termasuk Real Madrid, Paris Saint-Germain dan beberapa pasukan EPL, namun dia tetap memilih untuk menyertai Arsenal dengan yuran perpindahan bernilai €50 juta (RM255.02 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI