fbpx

R&R jadi lokasi edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YAHAYA (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di R&R Genting Sempah, Bentong pada sidang akhbar hari ini.

BENTONG – Tindakan pengedar dadah menjadikan kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Genting Sempah sebagai lokasi transit terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki Khamis lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dalam serbuan pada pukul 12.20 tengah hari di kawasan tempat letak kereta itu, pihaknya merampas dadah disyaki syabu bernilai RM697,717.

“Suspek berusia 34 tahun dari Lembah Klang ditahan selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.

“Pemeriksaan dalam kereta Honda Jazz yang dipandunya  menemukan 20 peket plastik lutsinar berisi syabu seberat 21,143 gram,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat polis (IPD) Bentong di sini hari ini.

Turut dirampas kereta Honda Jazz yang dinaiki suspek dan motosikal  Vespa dengan nilai keseluruhan RM717,788.

“Suspek memiliki tiga rekod kes dadah, namun ujian air kencing mendapati lelaki itu bebas dadah,” katanya.

Siasatan awal mendapati sindiket tersebut aktif sejak awal tahun ini. Bekalan dadah tersebut diperoleh dari Lembah Klang untuk edaran pasaran setempat.

Modus operandi yang digunakan suspek adalah melakukan urusan jual beli dadah secara tunai. Suspek akan menghubungi pembekal untuk mendapatkan bekalan dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI