fbpx

Lebih 500 orang diberkas di Dhaka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENUNJUK perasaan anti kuota berhimpun di Dhaka pada 18 Julai lalu. – AFP 

DHAKA – Lebih 500 orang termasuk sebilangan pemimpin pembangkang ditangkap di Dhaka berhubung keganasan yang memporak-perandakan Bangladesh dan membunuh 163 orang selepas kumpulan pelajar memprotes peraturan pengambilan kakitangan awam, kata polis hari ini.

Apa yang bermula sebagai demonstrasi membantah kuota kemasukan untuk kakitangan kerajaan itu bertukar menjadi rusuhan paling buruk yang perlu ditangani oleh Perdana Menteri Sheikh Hasina.

“Sekurang-kurangnya 532 orang telah ditahan berhubung keganasan yang tercetus sejak rusuhan berlaku.

“Mereka termasuk sebilangan pemimpin BNP,” kata jurucakap Polis Metropolitan Dhaka, Faruk Hossain sambil merujuk kepada pembangkang, Parti Nasional Bangladesh.

Terdahulu semalam, mahkamah tertinggi Bangladesh membatalkan kuota pengambilan kakitangan awam itu untuk beberapa kumpulan tertentu.

Keputusan itu bagaimanapun gagal memuaskan hati pemimpin-pemimpin pelajar.

Demonstrasi pelajar yang membantah skim kuota itu mencetuskan pertempuran di seluruh negara yang mengorbankan 163 orang termasuk sebilangan anggota dan pegawai polis.

“Kami tidak akan berhenti selagi kerajaan belum memenuhi tuntutan kami,” kata seorang jurucakap penganjur protes tersebut, Pelajar Menentang Diskriminasi kepada AFP.

Menurut pihak berkuasa,  tiga anggota polis terbunuh di Dhaka dan kira-kira 1,000 yang lain cedera, sekurang-kurangnya 60 daripada mereka kritikal. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI