fbpx

EPL: Ten Hag terus beri Antony peluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY masih belum menemui prestasi terbaiknya biarpun sudah dua musim bersama United. - FB MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik ten Hag mengakui pemain sayap sensasi, Antony perlu menggandakan usaha serta kualiti sekiranya berhasrat untuk berada dalam kesebelasan utama pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Sebagai rekod, Antony menyertai The Red Devils pada dua tahun lalu dengan nilai perpindahan sebanyak £82 juta (RM496 juta) kerana mahu mengikut jejak Ten Hag yang turut berhijrah dari Ajax Amsterdam pada musim yang sama.

Namun, prestasi Antony seperti ‘indah khabar dari rupa’ apabila dilihat masih gagal menyesuaikan diri dengan corak permainan EPL meskipun sudah dua tahun mewakili pasukan.

Ten Hag mengakui pemain kelahiran Brazil itu agak bergelut sepanjang hampir 24 bulan bersama pasukan, tetapi masih mahu memberi peluang buat pemain berusia 24 tahun itu pada kempen akan datang.

“Saya tidak mahu mengkritik pemain sendiri, tetapi biar saya jelaskan situasi yang berlaku. Sebelum Antony datang, posisi sayap kanan dalam kesebelasan utama sudah disediakan buat Mason Greenwood.

“Namun, ramai yang mahukan Jadon Sancho di posisi tersebut, tetapi ramai tidak tahu posisi kedudukan asal dia adalah di sayap kiri. Selepas apa yang berlaku kepada Greenwood, kami berjaya dapatkan Antony untuk posisi sayap kanan, tetapi situasi sukar buat dia.

“Antony cukup cemerlang ketika bersama saya dalam pasukan Ajax dan berjaya menjaringkan tiga gol pada tiga perlawanan pertama bersama United. Secara jujur, saya sangat berharap dia dapat bangkit kerana saya mahu dia kekal di sini musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI