fbpx

EPL: De Bruyne tidak setuju terma kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE memiliki baki kontrak semusim lagi di Etihad menyebabkan City bersedia melepaskannya bagi mengelak pemain itu pergi secara percuma. - AFP

MANCHESTER – Proses perpindahan bintang Manchester City, Kevin De Bruyne ke Liga Arab Saudi menjadi semakin sulit apabila dia dilaporkan tidak bersetuju dengan terma peribadi yang diberikan Al Ittihad.

Sebelum ini, De Bruyne dilaporkan sudah bersetuju dengan tawaran diberikan pasukan dari Asia Barat itu, namun sehingga kini tidak ada kata putus dipersetujui antara kedua-dua pihak.

City dilaporkan terdesak untuk melepaskan khidmat De Bruyne yang berada pada tahun terakhir kontraknya dan meletakkan tanda harga berjumlah £100 juta (RM604.82 juta) untuk Al Ittihad mendapatkannya.

Nilai perpindahan itu juga dianggap sebagai punca proses rundingan berkenaan berjalan perlahan apabila Al Ittihad bersedia untuk menunggu sehingga kontrak pemain itu berakhir dan mendapatkan khidmatnya secara percuma.

Al Ittihad yang sudah diperkuatkan oleh Karim Benzema, N’Golo Kante dan Fabinho turut berdepan kebimbangan sekiranya persetujuan lambat dicapai, mereka akan terlepas De Bruyne kepada seteru mereka, Al Hilal yang turut berminat.

De Bruyne dilaporkan lebih berminat untuk menyertai Al Hilal yang akan akan mewakili benua tersebut beraksi dalam Piala Kelab Dunia pada 2025.

Selain De Bruyne, Al Ittihad juga dilapor berminat untuk mendapatkan rakan sepasukannya di City, Ederson yang diletakkan tanda harga £30 juta (RM181.44 juta) selepas juara Liga Perdana Inggeris itu menolak tawaran sebanyak £25 juta (RM151.20 juta) dari Al Nassr. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI