fbpx

EPL: Manchester United runding harga Amrabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMRABAT berjaya memberikan aksi terbaik pada hujung musim termasuk membantu United muncul juara Piala FA. - AFP

LONDON – Manchester United dilapor berminat untuk menandatangani pemain pinjamannya dari Fiorentina, Sofyan Amrabat dengan kontrak secara kekal, namun tidak akan membuat bayaran dengan menebus klausa perpindahan pemain itu.

Amrabat memiliki klausa pelepasan bernilai £16.8 juta (RM101.61 juta), namun United hanya bersedia untuk mengadakan rundingan untuk membeli pemain itu pada harga yang lebih rendah.

Amrabat menyertai United secara pinjaman semusim penuh selepas mempamerkan aksi cemerlang pada Piala Dunia 2022 bersama Qatar, namun berdepan kesukaran untuk memberikan impak yang cemerlang.

Bagaimanapun, dia berjaya mempamerkan aksi luar biasa ketika aksi terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United dan memberikan persembahan luar biasa dengan membantu United merangkul gelaran Piala FA menewaskan Manchester City.

Kontrak pinjaman tersebut dimasukkan sekali dengan pilihan untuk mendapatkannya secara tetap, namun pihak pengurusan United enggan berbuat demikian kecuali jika Fiorentina bersetuju untuk mengadakan rundingan semula mengenai nilai tersebut.

Selain Amrabat, United turut dikaitkan dengan beberapa nama di posisi yang sama melibatkan pemain Paris Saint-Germain, Manuel Ugarte serta pemain Real Sociedad, Martin Zubimendi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI