PETALING JAYA – Syarikat tenusu, Farm Fresh memperkenalkan produk terbaharu mereka, Farm Fresh choco Malt iaitu minuman coklat malt yang tinggi serat fiber, tinggi protein, dan rendah gula.
Produk baharu ini pertama kali diperkenalkan secara eksklusif melalui jualan siaran langsung (live streaming) di saluran TikTok rasmi Farm Fresh pada 19 Julai dan diperkenalkan sendiri secara istimewa Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Farm Fresh Berhad, , Loi Tuan Ee Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Farm Fresh Berhad, dan Azmi Zainal.
Azmi Zainal ketika ditemui berkata, Farm Fresh choco Malt merupakan alternatif terbaharu untuk rakyat Malaysia yang sukakan coklat malt, tapi ingin mencari pengganti yang lebih sihat dan yang paling penting, dikeluarkan oleh syarikat tempatan.
“Produk ini kami pastikan penuh rasa malt dan keenakan rasa coklat, dan pada masa yang sama dikurangkan kandungan gula dan semestinya tiada maltodekstrin.
“Sebagai syarikat tempatan, kami pastikan kami memberi pilihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia. Farm Fresh sering mengajak pengguna untuk sentiasa peka dengan bahan-bahan dalam produk makanan atau minuman yang mereka pilih kerana kami percaya kesihatan kita bergantung kepada apa yang kita makan,” katanya.
Farm Fresh choco Malt boleh dibeli secara eksklusif di kedai TikTok Rasmi Farm Fresh dan bakal diperkenalkan di platform jual beli Shopeee dan peruncitan besar-besaran tidak lama lgi.
Minuman choco Malt ini merupakan produk tenusu dalam format susu tepung kedua Farm Fresh selepas mereka memperkenalkan susu tepung rumusan Farm Fresh Grow yang dibuat khusus untuk anak-anak berumur 1 hingga 6 tahun.
Susu tepung ini turut mendapat sambutan yang hangat oleh ibu bapa. Pengenalan choco Malt ini selari dengan usaha Farm Fresh untuk terus memberi rakyat Malaysia produk yang berkualiti tinggi.
Dalam pada itu, Loi Tuan Ee berkata, pihaknya bukan sahaja memikirkan keuntungan semata-mata namun memberikan kualiti yang terbaik kepada para pengguna.
“Setiap syarikat ingin membuat keuntungan, namun bagi kami di Farm Fresh mementingkan etika dalam semua yang kami lakukan. Jika kami ingin membuat keuntungan lebih, pasti kami akan menambah lebih banyak gula di dalam produk kami kerana harga gula yang rendah.
“Namun begitu, kami nekad untuk terus memberi yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dengan harga yang masih berpatutan. Kami yakin produk choco Malt ini akan mendapat sambutan dan menjadi pilihan rakyat Malaysia,” katanya.
Menurut Azmi dan Loi, Farm Fresh akan terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan tenusu mereka dengan terus memperkenalkan lebih banyak produk baharu dan menambah lebih banyak ladang dan lembu pada masa akan datang.
Farm Fresh komited untuk terus menjadi salah satu jenama lokal yang mampu untuk menyokong Malaysia dalam memastikan keterjaminan makanan atau food security di negara ini dan tidak bergantung dengan produk import. – KOSMO! ONLINE
@farmfreshmilkmalaysia Jom borak tentang Produk Baru Farm Fresh dengan Mr.Loi & Bos Susu! #farmfresh #choco #boss #drink