fbpx

‘Cikgu Rosli’ dipenjara 10 tahun sentuh punggung pelajar sekolah memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEPANG – Seorang bekas guru sekolah memandu diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar wanita berusia 17 tahun ketika sesi pembelajaran, lima tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Sepang dekat ini menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosli Saidon, 42, selepas mendapatinya bersalah melakukan perbuatan tersebut ketika mengendalikan kelas memandu yang dihadiri oleh mangsa.

Sebagai tambahan kepada hukuman hukuman yang dikenakan terhadapnya, Hakim Noorhisham Mohd. Jaafar ketika itu memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanan serta tiga tahun pengawasan polis sebaik selesai menjalani hukuman.

Bapa dua anak itu didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara menyentuh punggung, tangan dan paha kira-kira pukul 3 petang, 25 Februari 2019 di sebuah sekolah memandu di Banting, dekat sini.

Pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Naratif pendakwaan menyatakan, Rosli dengan sengaja menyentuh punggung, tangan dan paha pelajarnya ketika mengendalikan kelas memandu di sekolah itu serta berlarutan hingga sesi ujian di jalan raya.

Dalam keterangannya, mangsa memberitahu, Rosli memegang tangan dengan alasan untuk membetulkan stereng serta meraba punggung kanannya dari arah belakang ketika mangsa dalam posisi menunduk untuk membuka bonet kereta.

Gadis itu turut menyatakan, guru sekolah memandu itu malah memegang pahanya sambil berkata paha mangsa sama saiz dengan pahanya selain mengugut untuk mengigit leher mangsa ketika dalam kereta dengan mendakwa gadis itu memandu bengkang bengkok seperti ular.

Mahkamah berpendapat, perlakuan tertuduh tidak berpaksikan kepada sebarang justifikasi atau asas yang munasabah selain hanya untuk tujuan seksual kerana ia dilakukan tanpa kehadiran orang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI