fbpx

Tiada kebakaran baharu dikesan di Pulau Burung – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KON YEOW

GEORGE TOWN – Tiada kebakaran baharu dikesan di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal dekat sini selepas satu kebakaran baharu di tapak itu dapat dipadam sepenuhnya malam tadi.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kebakaran yang berlaku pada tengah hari semalam itu telah dapat dikawal sepenuhnya.

“Kebakaran mula berlaku pada tengah hari semalam dan pada waktu malam keadaan sudah dikawal.

“Tidak ada kebakaran baharu sejak pagi tadi dan kawasan tersebut dipantau rapi oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP),” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Eksport Pulau Pinang 2024 di Bayan Lepas, di sini hari ini.

Operasi memadamkan kebakaran itu melibatkan seramai 117 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang bersama pasukan bomba sukarela serta petugas MBSP.

Sebelum ini, tapak pelupusan sampah itu pernah terbakar pada Januari 2022 yang membabitkan kawasan seluas lebih 8,000 meter persegi.

Menurut Kon Yeow, cuaca panas pada masa ini dikesan menjadi punca berlakunya kebakaran di tapak pelupusan sampah tersebut.

“Kebakaran berlaku kerana cuaca panas. Tapak tersebut terbuka dan ia terdedah kepada risiko kebakaran dalam keadaan cuaca panas sekarang ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI