fbpx

Terus kekalkan pasport Malaysia paling berkuasa di dunia – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin bersama Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh memeriksa kawalan kehormatan Anggota Jabatan Imigresen pada Sambutan Hari Imigresen 2024 di Dataran Pahlawan, Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa menambah baik ciri-ciri keselamatan pada Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) terus kekal dalam kedudukan antara pasport paling berkuasa di dunia.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia susulan PMA ketika ini menduduki tempat tempat ke-11 pasport paling berkuasa di dunia menerusi Ranking Global Pasport Power Rank 2024 yang dikeluarkan oleh passportindex.org.

“Proses pengeluaran pasport dalam tempoh 60 minit itu pun sudah melonjakkan negara pada kedudukan ke-11 paling berkuasa di dunia.

“Malah, kepantasan itu sendiri sudah meletakkan negara pada tahap tersendiri.

“Bagi mengekalkan dan seterusnya meningkatkan kedudukan itu, kita akan umumkan beberapa penambahbaikan termasuk pengeluaran pasport untuk tempoh sah selama 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perbarisan Hari Imigresen 2024 di sini hari ini.

Jelasnya, selain ciri-ciri keselamatan pada PMA, Saifuddin memaklumkan penentuan itu turut diukur melalui jumlah negara yang memberi pelepasan visa kepada pemegang PMA.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya juga akan menambah baik mesin pengeluar pasport sedia ada bagi menambah pengeluaran pasport lebih tinggi berbanding sebelum ini.

“Ketika ini, mesin pencetak pasport di pejabat pengeluar pasport JIM mampu mengeluarkan sekitar 400 hingga 450 pasport sehari. Kami akan kenal pasti keupayaan mesin pencetak supaya ia lebih pantas,” ujarnya.

Saifuddin berkata pada tahun lalu, JIM telah mengeluarkan 3.06 juta PMA.

“Bagi tahun ini sehingga 15 Julai lalu sebanyak 1.45 juta PMA sudah dikeluarkan.

“Selain itu, pergerakan keluar masuk warga Malaysia (termasuk penduduk tetap) sepanjang tahun lalu adalah 139.8 juta malah, setakat hari ini adalah 65.5 juta,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI