fbpx

Penunggang motosikal acu pistol tiruan dakwa tidak waras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zul Eizman (tengah) didakwa mengacu pistol tiruan dan memasukkan dadah ke dalam tubuh di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu kedai makan yang tular kerana mengacu pistol sewaktu menunggang motosikal di Jalan Sultan Mohamad pada minggu lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan memiliki senjata tiruan dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Tertuduh, Zul Eizman Syafeeq Suhainin, 26, membuat pengakuan tidak bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan itu selesai dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Dia juga mendakwa tidak waras ketika kejadian dan memohon untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati memiliki sepucuk pistol tiruan di dalam bilik sebuah rumah di Kampung Ladang Sehat di sini pada pukul 1.30 petang, 18 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Zul Eizman Syafeeq didakwa memasukkan dadah jenis methamphetamine ke dalam badannya di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu pada pukul 2.30 petang, hari sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyem 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000 dan menjalani pengawasan polis sehingga tiga tahun.

Kosmo! Online 18 Julai lalu melaporkan pengguna jalan raya gempar dengan perlakuan tertuduh yang menunggang motosikal Honda C70 sampil mengacu pistol di persimpangan lampu isyarat Bukit Besar di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI