fbpx

Ganjaran RM10,000 jika jumpa Leo Jia Hui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIA HUI dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, kelmarin.

JOHOR BAHRU – Beberapa pihak tampil menawarkan wang ganjaran kepada mana-mana individu yang berjaya menemui kanak-kanak perempuan yang hilang di Pusat Beli-belah Eco Galleria, Iskandar Puteri, di sini kelmarin.

Seorang pemilik kafe yang dikenali sebagai Phang berkata, dia menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan Albertine Leo Jia Hui, 6.

“Sesiapa yang berjaya bantu menemukan kanak-kanak itu boleh ke Six Cafe Borneo yang beralamat di Taman Stulang Laut untuk mengambil duit RM10,000,” tulisnya seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Tambahnya, pihak yang menjumpai kanak-kanak tersebut juga boleh menghubunginya di talian 011-36693611.

INDIVIDU dikenali Phang menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menemukan Jia Hui yang hilang di Eco Galleria, Iskandar Puteri, kelmarin.

Sementara itu, kehilangan kanak-kanak itu menjadi tular di pelbagai platform media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Beliau dilaporkan turut berkongsi hantaran yang tular itu di platform media sosial rasmi beliau dalam usaha membantu mengesan kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan memaklumkan, kali terakhir kanak-kanak itu dilihat memakai baju T berwarna putih dengan gambar ‘Mickey Mouse’ di bahagian dada dan berseluar pendek.

Lokasi terakhir kanak-kanak berusia enam tahun itu dikesan di Eko Galleria 3, Jalan Eko Botani 3/2, Taman Botani.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI