fbpx

Kembara Sains Borneo fokus kumpulan sasar, capaian lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Yusof (tengah) bersama pelajar Kolej Yayasan pada majlis Send Off Pemenang National Science Challenge 2023 ke lawatan luar negara di kementeriannya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kembara Sains Borneo (KSB) yang dilaksanakan menerusi inisiatif Minggu Sains Negara (MSN) 2024 bakal memfokuskan kumpulan sasar secara lebih spesifik selain meliputi jangkauan capaian lebih besar berbanding edisi sebelumnya.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, pelaksanaan KSB pada kali melibatkan sebanyak 10 kawasan di Sabah dan lima kawasan di Sarawak.

Menurut beliau, sepanjang pengembaraan KSB, pelbagai aktiviti dan program akan dilaksanakan bersama masyarakat setempat dalam membudayakan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE).

“Sabah menunjukkan penyertaan sekolah luar bandar yang tertinggi bagi National Science Challenge (NSC) 2023 iaitu 28 peratus, manakala tahun ini sebanyak 30 peratus yang mana ia dapat dikaitkan dengan pendedahan berkenaan STIE kepada masyarakat di Sabah hasil aktiviti jangkauan yang bersasar seperti KSB.

“Jika diperhatikan pendedahan kepada pengetahuan berkaitan STIE melalui inisiatif jangkauan seperti KSB turut menjadikan masyarakat lebih proaktif untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembudayaan STIE yang ditawarkan baik oleh pihak kerajaan ataupun organisasi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis meraikan juara pertandingan NSC 2023 yang akan mengikuti lawatan sambil belajar ke 8th Belt and Road Teenager Maker Camp and Teacher Workshop ke Yunnan, China bermula hari ini sehingga 28 Julai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI