fbpx

Rusuhan di Bangladesh tak jejas pasaran tenaga kerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha XMAX 250 sebagai simbolik pelepasan kembara TVET di CIAST, Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Bekalan tenaga kerja negara tidak terkesan susulan rusuhan yang berlaku di Bangladesh ketika ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ini berikutan bekalan tenaga kerja asing di negara ini masih mencukupi bagi beberapa sektor ekonomi negara.

“Setakat ini, tidak terganggu ekoran buat sementara ini tidak mengambil tenaga buruh asing dengan masih menutup pengambilan pekerja asing, Jadi, tidak menjadi masalah (pasaran pekerja asing).

“Dalaman (bekalan tenaga asing dalam negara) pun masih mencukupi di beberapa sektor. Cuma, sektor yang memerlukan kemahiran rendah seperti tukang masak dan tukang jahit. Itu sahaja, ” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di sini hari ini.

Abdul Rahman (kanan) bersama Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (kiri) pada pelepasan kembar TVET di CIAST, Shah Alam hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan dan melepaskan kembara Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu pelajar Bangladesh berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018.

Di bawah sistem itu, sebanyak 30 peratus daripada kuota semasa iaitu 56 peratus bagi pekerjaan dalam sektor awam, dikhaskan untuk ahli keluarga pahlawan yang berjuang dalam perang pembebasan pada 1971.

Setakat ini, lebih 400 warga Bangladesh cedera dalam proses berterusan tersebut dengan kerajaan telah mengenakan perintah berkurung di seluruh negara itu dan mengarahkan tentera bagi tujuan pengamanannya.

Mengulas mengenai kembara TVET tersebut, Abdul Rahman menegaskan ia melibatkan 170 buah motosikal dan merupakan siri keempat bagi mempromosikan TVET lebih agresif bagi menarik minat golongan belia.

“Kesungguhan promosi TVET ini oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah memberikan impak apabila mendapat tawaran China untuk dihantarkan 2,000 pelajar secara peruma untuk menuntut di negara tersebut.

“Inisiatif yang telah dilakukan memberikan kesan yang tinggi kepada pembangunan kemahiran negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI