fbpx

Pendayung wanita lebih gagah, rekod dunia lelaki lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jessica Oliver dan Charlotte Harris memecahkan rekod dalam acara World’s Toughest Row Pacific Challenge 2024. - SWNS

HAWAII – Sepasang wanita dinobatkan pasangan paling pantas mendayung merentasi Lautan Pasifik  dalam acara World’s Toughest Row Pacific Challenge 2024, lapor saluran berita Good News Network kelmarin.

 Jessica Oliver dan Charlotte Harris mencatatkan rekod dunia itu apabila mendayung sejauh 4506.16 kilometer dalam masa 37 hari, 11 jam dan 43 minit. 

Pencapaian mereka meleburkan rekod sebelumnya milik dua pendayung lelaki. 

Pasangan berusia 33 tahun itu memulakan pelayaran dari Monterey Bay, negeri California pada 8 Jun 2024 dan tiba di Hawaii pada 16 Julai lalu.

“Cabaran ini benar-benar meletihkan dari sudut mental dan fizikal. Ia perkara paling sukar pernah kami lakukan,” kata Jess. 

“Kami memberikan segala-galanya dan sangat lesu tetapi usaha kami berbaloi,” tambah Charlotte.

Selain kesungguhan dan keazaman tinggi, kerja berpasukan dan persahabatan yang kuat merupakan faktor kejayaan mereka mengharungi cabaran tersebut.  – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI