fbpx

Awang Bemee dilantik sebagai Speaker Dewan Negara baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Bemee dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-21. - Foto JABATAN PENERANGAN

PETALING JAYA – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Sarawak, Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-21 hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada Mei lalu.

Terdahulu, pada 15 Mei 2024, Awang Bemee telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Negara.

Beliau sebelum ini menjadi ADUN Nangka selama tiga penggal bermula 1996 hingga 2011, selain pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

Awang Bemee kini turut memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kuching dan Pengarah Sarawak Plantation Berhad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI