fbpx

Virus Chandipura serang India, 32 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pesakit dibawa ke sebuah hospital di Kozikode, negeri Kerala pada 14 September 2023. – AFP

NEW DELHI – Negeri Gujarat di India melaporkan 13 kes baharu disyaki virus Chandipura dengan lima kematian direkodkan, lapor laman berita NDTV semalam.

Berdasarkan angka terkini, jumlah jangkitan yang disahkan dan disyaki di negeri tersebut meningkat kepada 84 setakat ini, manakala jumlah kematian bertambah kepada 32.

Tiada kes baharu yang disahkan dilaporkan di Gujarat semalam, demikian menurut jabatan kesihatan sambil menambah, sampel semua kes disyaki telah dihantar ke Institut Virologi Kebangsaan (NIV) untuk diagnosis lanjut.

Negeri itu melaporkan kematian pertama virus Chandipura pada Rabu minggu lepas, sekali gus mendorong jabatan kesihatan negeri mengeluarkan arahan untuk menjalankan pemantauan dan penyeliaan harian di peringkat tempatan.

Ia bertujuan mengesan potensi jangkitan dan mengawal penyakit itu.

Kerajaan juga telah memulakan beberapa langkah untuk mengawal jangkitan virus tersebut yang disebarkan menerusi  vektor seperti nyamuk, kutu dan lalat pasir.

Pasukan jabatan kesihatan menjalankan pengawasan di sekitar 19,000 isi rumah dan menyembur ubat  pembasmi kuman pada 116,000 rumah di kawasan terjejas, demikian menurut kenyataan jabatan kesihatan.

Virus Chandipura menyebabkan demam dan  gejala menyerupai selesema. Kes serius pula melibatkan ensefalitis akut (keradangan otak).

Penyakit itu disebarkan oleh Vesiculovirus daripada  keluarga Rhabdoviridae. 

Ketika wabak itu tercetus di tengah  India pada 2003 hingga 2004, ia menyebabkan kadar kematian antara   56 hingga 75 peratus dalam kalangan pesakit di negeri Andhra Pradesh dan Gujarat. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI