fbpx

Biden sokong Kamala Harris pengganti calon Presiden Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harris (kanan) bercakap sambil dilihat oleh Biden dalam satu majlis di White House, Washington pada 17 Jun 2021. - AFP

WASHINGTON – Presiden Joe Biden menyokong Naib Presiden, Kamala Harris menggantikan beliau sebagai calon Parti Demokrat dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada hujung tahun ini, lapor akhbar Metro UK.

Dalam satu kenyataan di platform X, Biden menyifatkan keputusan beliau  memilih bekas peguam negeri California tersebut sebagai orang kanannya sebelum ini adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat.

Biden membuat pengumuman itu beberapa minit selepas mendedahkan bahawa beliau akan berundur sebagai calon Parti Demokrat, selepas menerima tekanan berminggu-minggu daripada rakan dan sekutunya.

Sokongan itu menetapkan Harris, 59, akan menentang calon presiden daripada Parti Republikan, Donald Trump pada  pilihan raya November 2024.

Sekiranya menang, beliau akan menjadi wanita pertama dan individu berketurunan Asia-Amerika yang pertama menjadi Presiden AS.

Dalam kenyataannya, Biden berkata: “Hari ini (semalam), saya ingin menawarkan sokongan penuh kepada Kamala sebagai calon parti kita pada tahun ini. Demokrat, sudah tiba masanya untuk kita bersatu dan menewaskan Trump.”

Harris  mengucapkan terima kasih kepada Biden atas sokongan beliau serta berkata, hasratnya adalah untuk memenangi pencalonan itu.

“Sepanjang tahun lalu, saya telah mengembara ke seluruh negara, bercakap dengan rakyat Amerika mengenai pilihan yang jelas dalam pilihan raya penting ini.

“Itulah yang saya akan terus lakukan dalam beberapa minggu dan bulan akan datang,” ujarnya. 

Harris bagaimanapun perlu memenangi pencalonan rasmi Parti Demokrat semasa perhimpunan besar atau Konvensyen Nasional Demokrat pada 19 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI