fbpx

Hormat bekas suami, Mawar Rashid pilih diam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAWAR Rashid memilih untuk kunci mulut kerana menghormati Raf sebagai bapa kepada anak-anaknya.

SHAH ALAM – Enggan timbul masalah kemudian hari, pelakon Mawar Rashid mengambil pendekatan tidak mengulas perihal hubungannya dengan bekas suami, Raf Yaakob setelah bercerai tahun lalu.

Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 29, berkata, dengan cara itu dia dapat mengelak kenyataannya disalah tafsir atau diputar belit pihak tertentu.

Lagipun kata Mawar, fokusnya kini adalah membesarkan anak-anak dan menguruskan kerjaya.

“Buat masa sekarang kami cuba yang terbaik. Itu sahaja yang saya boleh cakap. Kalau saya bercakap mengenai bekas suami, bimbang itu boleh menjadi punca atau permasalahan lain.

“Apa yang berlaku antara saya dengan bekas suami biarlah hanya kami sahaja yang tahu.

“Lagi pun saya perlu menjaga emosi anak-anak yang masih kecil dan saya tetap menghormati bekas suami kerana dia ayah kepada anak saya. Jadi saya cuba elakkan apa-apa yang tidak baik,” katanya ketika ditemui pada tayangan perdana drama Barajiwa arahan Osman Ali di sebuah pusat beli-belah, di ibu kota hari ini.

Pelakon drama Villa Kristal itu turut  berkongsi, meski sudah berpisah dia dan Raf sentiasa berkomunikasi demi menjaga kebajikan anak-anak

“Kami sentiasa berkomunikasi mengenai anak-anak dan keutamaan kami adalah untuk membesarkan mereka.

“Kami perlu pastikan mereka okey. Saya dan bekas suami akan terus menjaga hubungan baik demi memberikan yang terbaik buat anak-anak.

“Kami akan kongsi urusan berkaitan anak-anak secara bersama sebab mahu pastikan mereka dapat menjalani kehidupan sama seperti sebelum berpisah,” katanya.

Mawar turut mengatakan kedua-dua anak mereka kini di bawah jagaannyq dan akan bersama Raf akan pada hujung minggu.

Dalam perkembangan lain, Mawar memberitahu dia masih berusaha menyesuaikan diri hidup sebagai ibu tunggal.

Kata Mawar, dia percaya setiap yang berlaku itu mengajarnya memahami makna kehidupan selain lebih tabah berdepan dugaan.

“Setakat ini masih baik tapi saya tetap berusaha menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang. Saya mencuba untuk jadi yang terbaik.

“Sebenarnya, saya percaya dengan adanya fasa dan ujian seperti ini, saya dapat belajar. Kalau saya tak lalui semua ini, saya tidak akan jadi sekuat sekarang. Allah sudah susun cantik semuanya” ujarnya.

Terdahulu, Raf dan Mawar mengesahkan perceraian mereka pada November tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 5, Raden Seri Rosabella Cinta, 3 dan Raden Seri Riyanna Sayang, 1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI