fbpx

Bayi 6 bulan bergantung alat bantuan pernafasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR HASNISDA bersama Nur Afeeya Haura yang menghidap Pierre Robin syndrome dan sumbing lelangit sejak lahir di Sungai Petani baru-baru ini.

SUNGAI PETANI – Sepasang suami isteri melalui ujian berat apabila anak sulung mereka, Nur Afeeya Haura Abdullah Syahid, berusia enam bulan disahkan menghidap Pierre Robin syndrome dan sumbing lelangit sejak lahir.

Pierre Robin syndrome adalah keadaan bayi dilahirkan dengan tulang rahang bawah yang kecil, menyebabkan lidah boleh menyekat tekak sehingga menyebabkan sukar bernafas.

Ekoran itu, Nur Afeeya Haura dijangka terpaksa bergantung hidup dengan alat bantuan pernafasan sehingga usianya 18 bulan, selain perlu menjalani rawatan berkala di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Ibunya, Nur Hasnadia Mohamad, 25, yang bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang berkata, dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama setahun bagi menguruskan anaknya.

Katanya, disebabkan itu, perbelanjaan bulanan mereka terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh suaminya, Abdullah Syahid Mohd. Noor, 25, yang bekerja sebagai operator di kilang sama.

“Gaji kasar suami saya hanya RM1,500. Dengan gaji tersebut dia perlu membayar sewa rumah, bayaran bulanan kereta, bil air dan elektrik serta perbelanjaan makan dan minum harian.

“Selain itu, kami juga memerlukan kos tambahan untuk membeli keperluan Afeeya se­perti susu dan lampin pakai buang dengan kos sehingga RM500 sebulan,”katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Rhu, Tikam Batu. di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, kini bil elektrik rumahnya sudah mencecah hampir RM100 sebulan meman­dangkan terpaksa memasang penyaman udara selama 24 jam setiap hari kerana Afeeya tidak boleh berpeluh.

“Alhamdullilah, setakat ini kami ada menerima sumba­ngan tunai daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pantai Merdeka, Ustaz Sharir Long, Murtadha Dakwah Centre, ahli keluarga, rakan-rakan sekerja dan jiran-jiran terdekat,”katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan bagi meri­ngankan beban keluarga ini boleh me­nyalurkan ke akaun Bank Islam 09010020961473, Nur Hasnadia Mohamad.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI