fbpx

EPL: Arsenal setuju potong harga lepaskan pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NKETIAH berminat untuk berhijrah ke Marseille bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi berbanding kekal di Arsenal. - AFP

LONDON – Arsenal menerima tawaran baharu dari Marseille untuk mendapatkan khidmat penyerang mereka, Eddie Nketiah sekali gus menjadikan perpindahan pemain itu keluar dari Emirates semakin menjadi kenyataan.

Biarpun sudah mendapatkan khidmat Mason Greenwood, wakil Ligue 1 Perancis itu yang kini dikemudi oleh Roberto Di Zerbi itu mahu terus memantapkan jentera serangan untuk memberikan cabaran musim depan.

Sebelum ini, Marseille pernah mendapatkan khidmat penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang sebelum pemain itu berhijrah ke Al-Qadsiah.

Marseille pernah membuat tawaran sebanyak £20 juta (RM120.94 juta), namun ditolak The Gunners yang mahu nilainya dinaikkan sekali ganda, tetapi perkembangan terbaharu menyaksikan Arsenal mungkin bersedia menerima nilai lebih rendah.

Ketika ini masih belum ada laporan mengenai nilai terbaharu yang bakal dikemukakan oleh Marseille, tetapi mereka masih menjadikan Nketiah sebagai sasaran utama dan pemain itu juga berminat untuk memulakan karier baharunya bersama kelab itu.

Laporan dari Perancis mendedahkan bahawa Nketiah semakin hampir untuk bersetuju dengan terma peribadi ditawarkan oleh Marseille biarpun jumlah gaji dan tempoh kontrak untuk pemain berusia 25 tahun itu masih belum didedahkan.

Persaingan yang kuat menyebabkan Nketiah percaya dia perlu meninggalkan Emirates dan menyertai pasukan baharu untuk mendapat lebih banyak peluang beraksi ketika dia hanya menjadi pilihan kedua di belakang Gabriel Jesus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI