fbpx

Peniaga rugi RM15,000, kedai makan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah premis di Kampung Telaga Gayung, Pasir Puteh yang terbakar malam tadi. FOTO: Ihsan Bomba

PASIR PUTEH – Seorang pemilik kedai makan di Kampung Telaga Gayung di sini mengalami kerugian lebih RM15,000 selepas premis yang disewakannya kepada seorang peniaga hangus dalam kebakaran malam tadi.

Kebakaran yang menyebabkan premis dan semua barangan jualan hangus itu berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika penyewa yang berniaga di situ pulang ke rumahnya

Pegawai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata, pihaknya tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8 malam.

Menurutnya, seramai 14 anggota bomba dari Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Puteh dan Tok Bali berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit.

“Operasi tamat pada pukul 8.41 selepas mendapati tiada lagi punca bara api termasuk semua punca kebakaran telah terpadam.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 80 peratus. Kita menggunakan pancutan air dari tangki jentera bomba sehingga api padam sepenuhnya, “katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurutnya, anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, pemilik premis berkenaan, Ramli Abu Bakar, 45, berkata ketika kejadian berlaku, penyewanya sudah pulang ke rumah di Kampung Banir Belikong di sini yang terletak kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Menurutnya, semua barangan termasuk sebuah enjin generator hangus terbakar.

“Kedai itu tidak menggunakan bekalan eletrik. Penyewa yang berniaga masakan panas hanya menggunakan generator untuk menyalakan lampu ketika berniaga pada waktu malam.

“Penyewa kedai saya juga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh mengenai kejadian itu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI