fbpx

Ten Hag beri Sancho ‘nyawa kedua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANCHO kembali menyarung jersi United buat kali pertama sejak ‘dibekukan’ pada Ogos tahun lalu. - MAN. UNITED

MANCHESTER – Hubungan antara pengurus Manchester United, Erik ten Hag dan Jadon Sancho kini bertambah baik selepas pemain sayap itu diberi peluang beraksi bersama kelab itu buat kali pertama sejak Ogos lalu.

Kelmarin, Sancho yang dipinjamkan ke Borussia Dortmund musim lalu diturunkan dalam kesebelasan utama pada aksi persahabatan pramusim menentang jaguh Scotland, Rangers yang berpihak kepada The Red Devils menerusi kemenangan 2-0.

Ten Hag sebelum ini menuntut permintaan maaf daripada Sancho kerana dia menganggap dirinya menjadi ‘kambing hitam’ pasukan, namun ketika ini kedua-duanya dilihat seperti sudah mampu mengetepikan pertikaian berkenaan.

“Kelab ini memerlukan pemain yang bagus dan itulah yang ada pada Jadon. Saya harap dia akan menyumbang kepada kejayaan kami,” kata Ten Hag.

Sebelum ini, Sancho ‘dibekukan’ oleh Ten Hag yang mempertikaikan kesungguhannya hingga menyaksikan pemain itu mengeluarkan komen-komen pedas terhadap pengurus berkenaan.

Kemenangan ke atas Rangers sekurang-kurangnya mengembalikan keyakinan kepada para pemain dan penyokong selepas The Red Devils tewas mengejut 0-1 kepada kelab Norway, Rosenborg pada satu lagi aksi persahabatan sebelum ini.

United selepas ini akan menghadapi tiga lagi aksi persahabatan dalam jelajah pramusim di Amerika Syarikat (AS) menentang seteru tradisi, Arsenal di Stadium SoFi, California pada Ahad ini.

Juara Piala FA musim lalu itu akan bermain dua lagi aksi di AS bertemu Real Betis (31 Julai) dan Liverpool (3 Ogos) sebelum memulakan kempen Liga Perdana Inggeris menentang Fulham di Old Trafford pada 17 Ogos ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI