fbpx

EPL: Man United lengkap jika dapatkan penggempur Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSIMHEN diletakkan tanda harga yang cukup tinggi oleh Napoli menyebabkan tidak banyak pasukan yang bersedia untuk mendapatkan khidmatnya. - AFP

MANCHESTER – Setelah berjaya menyelesaikan rundingan untuk mendapatkan Joshua Zirkzee, Manchester United disarankan untuk menandatangani seorang lagi penyerang iaitu Victor Osimhen dari Napoli.

Terdahulu, The Red Devils telah berjaya mendapatkan Zirkzee dari Bologna dengan nilai £34 juta (RM199 juta) dan dia dianggap penyerang masa depan pasukan itu dan tidak diharapkan untuk memberikan impak segera.

Penyerang muda berusia 23 tahun itu dibawa masuk ke Old Trafford untuk memberikan persaingan dan sokongan kepada penyerang Utama pasukan, Rasmus Hojlund yang terlalu terbeban musim lalu kerana perlu memimpin serangan United sepanjang kempen.

Kini, pemilik bersama United, Sir Jim Ratcliffe, sedang meneliti bahagian lain dalam skuad yang memerlukan pengukuhan seperti pertahanan tengah dan bahagian tengah.

United juga telah membawa masuk Leny Yoro dan sedang mengkaji pemain seperti Matthijs de Ligt, Jarrad Branthwaite dan Manuel Ugarte sebagai sasaran seterusnya.

Namun, bekas penyerang United, Louis Saha yang menjaringkan 42 gol dalam 124 perlawanan semasa bersama kelab itu telah menggesa Ratcliffe untuk membuat langkah mengejut dengan membawa masuk Osimhen.

“Tandatangan impian saya adalah Victor Osimhen dari Napoli, dia sangat sesuai di Old Trafford. Saya ingin melihat dia dalam jersi United musim depan.

“Sikapnya, kadar kerjanya, dia sangat hebat di depan gol. Dia memiliki keyakinan dan kepercayaan yang mengingatkan saya kepada David Trezeguet atau Ruud Van Nistelrooy, penyerang yang mampu ‘menarik; bola ke kaki mereka,” kata bekas penyerang itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI