PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 246 individu atas keasalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut seramai 236 individu dikompaun manakala 10 orang lagi direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (91), tidak memakai pelitup muka (44) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (23).
“Selain itu, antara kesalahan lain, gagal menyediakan menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (84) serta lain-lain (4),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE