fbpx

Bentley ‘besi buruk’ dilelong setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bentley Red Label Speed ini terbiar di dalam bangsal selama 60 tahun. - BNPS

LONDON – Sebuah kereta jenama Bentley yang dipenuhi karat selepas terbiar selama 60 tahun, dilelong pada harga £100,000 (RM604,739), lapor akhbar The Sun kelmarin. 

Kereta model Bentley Red Label Speed keluaran tahun 1926 tersebut terbiar di dalam bangsal sehingga dipenuhi karat dan debu, tayar kempis serta cat yang sudah lekang. 

Kereta dengan kapasiti enjin 3.0 liter itu dibina oleh Bentley khusus untuk acara perlumbaan, dengan model serupa pernah mendominasi perlumbaan 24 Jam Le Mans yang terkenal sepanjang tahun 1920-an.

Nilai kenderaan tersebut ketika ini dianggarkan mencecah £300,000 (RM1.8 juta) sekiranya dibaik pulih. 

Ia kini dilelong di Historics Auctioneers di Iver, England, dengan anggaran nilai jualan antara £75,000 (RM453,554) hingga £95,000 (RM574,502). 

“Jarang sekali untuk menemui Bentley daripada model Label Red ‘Speed’ 1926 yang sangat lengkap,” kata jurulelong, Fraser Smith. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI