fbpx

Dua beradik ditinggalkan ibu di Pasir Puteh dijaga sepupu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video perkongsian di laman TikTok @Abe Hae ketika bertemu dengan seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh hampir dua bulan lalu.

PASIR PUTEH – Sepupu kepada dua beradik yang ditinggalkan ibu mereka tanpa khabar berita di Kampung Padang Pak Amat, di sini hampir dua bulan lalu, mengambil tanggungjawab menjaga kanak-kanak tersebut.

Keadaan itu juga menyebabkan lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alif, 20, terpaksa berhenti kerja sebagai buruh kampung buat sementara waktu untuk menjaga dua sepupunya berusia 9 dan 12 tahun yang sering menanti kepulangan ibu mereka.

Alif berkata, kali terakhir dia bertemu ibu saudaranya, Nurul Amirah Zainuh, 37, iaitu ibu kepada dua kanak-kanak itu di stesen bas Machang pada 23 Mei lalu.

Menurutnya, Nurul Amirah sebelum ini bekerja di sebuah kedai sayur memberi amanah kepadanya agar menjaga kedua-dua beradik itu sebelum pulang ke kampung halamannya di Kedah dengan alasan untuk menjaga ibu yang sakit.

“Sejak Nurul Amirah keluar dari rumah, dia ada menghantar WhatsApp memaklumkan bahawa sedang berada di sebuah hospital di Kedah kerana menunggu ibunya yang sakit pada 30 Mei lalu.

“Selepas tarikh itu, dia tidak lagi menjawab panggilan dan mesej WhatsApp saya juga tidak dibalas. Dua anaknya juga sering bertanya mengenai ibu mereka kepada saya,” katanya ketika ditemui Kosmo!, di Kampung Padang Pak Amat, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alif memberitahu, dia terpaksa memberi pelbagai alasan kepada kedua-dua sepupunya mengenai keberadaan ibu mereka di Kedah.

Menurutnya, dia ada mendapat maklumat bahawa Nurul Amirah berada di Kajang, Selangor malah ada yang memaklumkan wanita itu berada di Terengganu.

“Simpati dengan nasib dua beradik itu, salah seorang sepupu saya bawa mereka ke Terengganu untuk bertemu Nurul Amirah. Apabila sampai, dia tak dapat dihubungi menyebabkan mereka berpatah semula ke Pasir Puteh,” ujarnya.

Alif berkata, Nurul Amirah berasal dari Kedah dan berkahwin dengan bapa saudaranya sebelum menetap Kampung Padang Pak Mat dan difahamkan, dia telah menjual sebuah motosikalnya pada harga RM2,000 sebelum bertolak ke Kedah.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, seorang anak rindu menanti kepulangan ibunya setelah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Difahamkan, anak yang ditinggalkan itu merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolahnya serta memperoleh keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) dan kini dijaga oleh sepupunya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI