fbpx

PKPD di Asrama Pekerja Westlife, Taman Perindustrian Tampoi Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Asrama Pekerja Westlife, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru, Johor bermula 26 Disember hingga 8 Januari depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes positif Covid-19 secara mendadak di kawasan-kawasan tersebut.

“Saringan dalam masa tiga hari bermula 21 hingga 23 Disember lalu, KKM mendapati seramai 115 orang daripada 3,116 penghuni di asrama tersebut positif Covid-19 di mana kesemua penghuninya adalah pekerja warga asing.

“Atas masihat dan penilaian risiko oleh KKM, kerjaan bersetuju melaksanakan PKPD di Asrama Pekerja Westlite, Taman Perindustrian Tampoi Jaya, Johor Bahru bermula 26 Disember hingga 8 Januari ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI