fbpx

‘Vlogger’ mukbang meninggal dunia akibat terlebih makan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Xiaoting melakukan penstriman langsung mukbang di rumah sewanya baru-baru ini. - Oddity Central

BEIJING – Seorang pencipta kandungan dari China yang dikenali kerana banyak menghasilkan video mukbang, meninggal dunia akibat mengamalkan tabiat makan berlebihan, lapor laman berita Oddity Central. 

Pan Xiaoting, 24, disahkan maut semasa melakukan penstriman langsung di platform media sosial.

Menurut pakar, bedah siasat menunjukkan perut Xiaoting dipenuhi makanan yang tidak dihadam dengan sempurna. 

Lebih memburukkan keadaan adalah dia mengalami kecederaan teruk pada bahagian ususnya. 

Xiaoting mula menceburi bidang mukbang selepas menonton video di laman perkongsian video, Youtube, yang menampilkan ‘vlogger’ makan makanan dalam kuantiti banyak. 

Dia memutuskan untuk berhenti kerja sebagai pelayan dan menyewa sebuah bilik untuk dijadikan studio bagi aktiviti mukbang tersebut.

Meskipun beratnya mencecah 300 kilogram, Xiaoting tidak berhenti makan sehingga dia dimasukkan ke hospital akibat mengalami pendarahan dalam perut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI